Bicycle Charging Station Untuk Smartphone Anda
Selama aku turun ke Kuala Lumpur ini kali pertama aku terserempak dengan teknologi hijau yang agak kreatif. Bicycle Charging Station ini yang aku nampak di sini. Basikal ni terletak di Lot10 tingkat 1. Lebih mudah kalau korang turun daripada monorel terus masuk ke Lot10 Shopping Center melalui butik H&M. Jadi korang jalan sikit nanti akan jumpa basikal ni.
Jadi apa istimewanya 2 basikal ini? Kalau anda perasan di basikal ni seperti basikal normal yang lain tapi ada tambahan aksesori istimewa iaitu Dynamo Lighting. Benda ni adalah perkara biasa bila kita letak dibasikal. Jika zaman dahulu, dynamo diletakkan bertujuan untuk menghidupkan mentol lampu basikal.
Fungsi dynamo adalah menukarkan tenaga daripada Potential Energy kepada Electrial Energy. Jadi dengan elektrik inilah dapat menghidupkan mentol basikal tersebut. Bagaimana ia berfungsi korang boleh baca sini.
Tapi untuk basikal ini, bukannya mentol dihidupkan tetapi phone ada akan di caj. Ini kerana dynamo pada basikal ini disambungkan dengan powerbank yang telah disiapkan di bakul hadapan. Jadi jika phone anda kehabisan power bateri, basikal ini untuk anda dijadikan sebagai penyelamat. Mereka juga menyediakan cable iphone dan android di situ. Kalau korang tahu ada di mana lagi Bicycle Charging Station ni boleh komen di bawah.
Bicycle Charging Station
Step on the pedal & sweat. It is because you super charged action will get you battery boosted
Post a Comment for "Bicycle Charging Station Untuk Smartphone Anda"
Post a Comment