[Video] Tutorial memakai sampin

tutorial memakai samping
sumber
[Video] Tutorial memakai sampin | Haa raya dah nak dekat. Dah dapatkan baju raya belum? Bagi yang perempuan dah ada baju kurung, jubah, blouse, kurung moden, khimar atau kurung peplum ke? Untuk yang lelaki, tahun ni pakai jubah ke, kurta ke baju melayu? Jadi sebagai lelaki, ramai memilih untuk Berbaju Melayu di pagi raya. Sudah tentu ianya tradisi Melayu kita kan. Jadi dengan Baju Melayu, sudah tentu tak lengkap tanpa dengan pemakain sampin sekali. 

Tak semua orang pandai pakai sampin, kadang-kadang memerlukan pertolongan orang lain untuk ikat atau pakaikan sampin kita kan. Jadi hari ni aku nak kongsikan kepada anda semua tutorial pemakaian sampin dengan betul dan mudah yang kembali viral di facebook. Mungkin dengan sekali percubaan kita tak berjaya dan mungkin memerlukan beberapa percubaan baru berjaya. Jadi praktislah dengan baik supaya anda kelihatan segak di pagi raya sekali gus menarik minat pandangan bakal mak mertua anda. hahaha

[Tutorial cara memakai sampin dengan betul]



Wak doyok juga sekali lagi repost posting facebook pada tahun 2016 serta berkongsi dengan peminatnya bagaimana mahu memakai sampin ikatan yang unik iaitu ikatan pelikat. Menerusi akaun facebook beliau pada 2016:

"Sempena hari lebaran ini ramai yang memakai sampin ikatan pelikat. Hari Ini aku tunjukan Tutorial ikatan sampin yang diberi nama "Ikatan Lagak Orang Kaya"


Terima kasih kerana membaca dan menonton [Video] tutorial memakai sampin. Jika anda anda sebarang komen boleh tinggalkan di ruang komen deh.
Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

1 comment for "[Video] Tutorial memakai sampin"

Comment Author Avatar
Selamat hari raya maaf zahir batin .. walaupun macam macam fesyen dah baju raya sekarang.. baju melayu bersamping jugak yang nampak segak bila dipakai.