5 soalan untuk Sham Kamikaze
Siapa tidak kenal dengan Sham Kamikaze? Antara nama besar yang pernah lahir di industri muzik tanah air Sham dahulunya pernah dinobatkan sebagai gitaris terbaik Malaysia, tetapi kini seawal jam 5 pagi sudah bangun berpesan-pesan kepada ramai orang yang menjadi pengikut beliau di laman social khususnya twitter dan instagram dengan nasihat rutin beliau:
Selamat fajar sahabatku semua. Sobahul khair. Ayuh berjemaah Subuh di surau ataupun masjid
Selain daripada itu, sekarang secara istiqamah mengingatkan followersnya di twitter tentang amalam sunat iaitu Solat Dhuha, Solat Witr dan kewajipan menutup aurat. Secara jujurnya dalam banyak pendakwah yang aku follow kat twitter ni, hanya Sham Kamikaze atau nama sebenarnya Shamril Mohd Salleh mengingatkan kedatangan Ramadhan bermula 85 hari yang lalu.
85 hari menjelang Ramadhan Insya Allah pic.twitter.com/uIvrczk45r— *Shamril Salleh* (@ShamKamikaze) March 2, 2017
Dahulu beliau menganggotai sebuah kumpulan rock terkenal. Kini sebelum tidur pada sekitar jam 11 ataupun 12 pagi, beliau mengingatkan diri dan peminat beluar supaya menunaikan solat Witr.
Tidak, tidak pernah saya terlintas mahu kembali semula ke dunia muzik dan dunia glamor. Cukuplah apa yang saya pernah lalui pada zaman lampau.
5. Bagaimana reaksi rakan-rakan artis selepas berhijrah?
Aku nak share 5 soalan yang ditanya kepada Sham Kamikaze selepas penghijrahan beliau yang dipitik daripada buku beliau sendiri Tuhan, Aku Kembali
10 soalan untuk Sham Kamikaze
1. Kenapa tukar keterampilah dengan berjubah dan berkopiah sebaik sahaja berhijrah?
Saya (sham) penampilan begitu bukanlah untuk berlagak alim, mahu menunjuk-nunjuk sebaliknya dengan berpakaian begini akan memberi peringatan kepada diri supaya menjaga akhlak selain itu juga ia sebagai perisai diri bagi menjauhi maksiat, menjauhi tempat-tempat yang tidak elok, serta menjaga mata supaya tidak melihat perkara-perkara yang membawa kepada dosa. Tambahan lagi, pakaian sebegitu adalah pakaian sunnah Nab s.a.w. Apabila kita memakai pakaian itu dengan niat ikhlas bagi mencontohi baginda insya Allah kita mendapat pahala.
2. Bagaimana kekal istiqamah dengan keadaan sekarang?
Untuk kekal istiqamah, saya berpegang kepada saranan Rasullah s.a.w. supaya melakukan sesuatu amal baik itu secara berterusan walaupun sedikit. Diri kita sendiri perlu konsisten dan tidak mudah dipengaruhi oleh unsur-unsur lain. Selain itu, kita perlu banyak berdoa kepada Allah supaya tetap pendirian. Tambahan lagi, kita harus muhasabah diri dan renungkan berapa banyak azah yang Allah sediakan kepada kita di akhirat kelak. Kita sudah tentu tidak mampu menerima azab itu. Apabila kita menghayati kepedihan azab Allah atas setiap dosa maksiat yang kita sudah lakukan, pasti kita tidak kembali semula kepada keadaan kita yang lama.
3. Pendapatan merudum dan tidak mewah selepas berhijrah dan meninggalkan dunia hiburan. Bagaimana Sham meneruskan hidup?
Memang benar pendapatan saya susut dengan banyak sejak meninggalkan dunia hiburan. Jika dahulu hasi daripada persembahan konsert rancangan tv pendapatan saya mampu pergi menunaikan haji ke Makkah 10 kali dalam setahun, tapi tak pergi pun. Tapi zaman itu sudah berlalu, sekarang pendapatan saya tidak seperti dahulu. Tapi bukan jadi masalah bagi saya. Saya belajar sesuatu perkara baru daripada ibrah ini iaitu qanaah, yang bermaksud berasa cukup dengan apa yang ada. Maknanya, apa juga yang Allah kurniakan kepada saya, itu yang saya terima dengan penuh rasa redha dan syukur. Biar rezeki itu sedikit, tetapi ada berkat. Ini adalah antara nikmat besar yang saya terima selepas berhijrah. Apabila ada sifat qanaah dalam diri, insya Allah rezeki yang kita terima sentiasa cukup sama ada banyak ataupun sedikit.
4. Pernah tak rasa nak kembali ke dunia hiburan memandangkan sebagai pendakwah memerlukan pengorbanan yang tinggi dan pendapatannya tidak seberapa?bersama anak lelakinya aisdannialy |
Tidak, tidak pernah saya terlintas mahu kembali semula ke dunia muzik dan dunia glamor. Cukuplah apa yang saya pernah lalui pada zaman lampau.
5. Bagaimana reaksi rakan-rakan artis selepas berhijrah?
Wallahu a'lam. Saya tidak pasti. Secara jujur, saya sendiri sebenarnya tidak banyak bergaul dengan golongan artis dan tidak mempunyai ramai kawan dalam industri hiburan. Mungkin di sebalik itu ada hikmah. Jikalau ada pun, kebanyakannya terdiri daripada kalangan rakan-rakan yang bukan beragama Islam. Alhamdulillah, mereka pun memahami dan seronok apabila melihat saya berubah. Tidak pula saya dengar apa-apa komen daripada mereka apabila melihat saya berubah penampilan dengan berjubah dan berkopiah
sempat bergambar dengan beliau diawal penghijrahannya |
2 comments for "5 soalan untuk Sham Kamikaze"
semoga kita sama2 mengikut perubahan beliau. dari baik kepada lebih baik.
salam ramadhan! :)