Semakan permohonan Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia (KADS1M) secara online
sumber |
Sebelum ni, jika nak tahu status permohonan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) telah berjaya atau belum, pemohon mestilah menunggu emel daripada pihak Bank Rakyat dan jika dah terima baru la pemohon boleh buat tuntutan di Bank Rakyat. Tetapi pelbagai isu yang timbul, katanya ada masih pelajar yang masih tidak menerima emel sehingga sekarang, ada juga tiada dalam sistem dan pelbagai lagi.
Jadi baru-baru ini pihak Kementerian Pendidikan Tinggi, KPT telah mengeluarkan kenyataan di dalam facebook berkenaan dengan Semakan KADS1M Secara Online yang mana akan mula berkuatkuasa pada 1 Jun 2017 sebagai alternatif lain untuk pelajar atau pemohon.
Bagi pelajar yang telah memohon dan tidak menerima apa-apa emel, anda boleh cuba alternatif atau cara kedua dengan menyemak secara online dengan klik:
Jadi mana-mana pelajar boleh buat demikian bermula 1 Jun nanti, Kalau anda semak sekarang, sudah tentu tiada data yang ditunjukkan.
Tapi mana-mana pelajar yang dah terima emel lebih awal, jangan la tangguh untuk pergi tuntut plak. Orang dah bagi kan. Ambilah dan ucaplah terima kasih Kerajaan.
8 comments for "Semakan permohonan Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia (KADS1M) secara online"