Logo PIMPIN UMP berwajah baru
Pada hujung tahun 2016 awal Februari, aku berkesempatan menabur bakti kepada Universiti aku sendiri walaupun tidaklah sebesar mana. Ianya hanya sekadar menukar sebuah Logo Pusat Islam di UMP iaitu logo Pusat Islam & Pembangunan Insan UMP
Sebenarnya, approach aku buat bermula pada disember 2015 atas pertolongan seorang lecturer iaitu Dr. Rozaimi Abu Samah yang juga pengiat KUFI aliran FoKS Malaysia.
Message rasmi di portal UMP kepada PIMPIN hasil pertolongan Dr. Rozaimi |
Tolong click Rezeki saya disini. Terima kasih
Aku tak tahu siapa pereka logo asal bagi pihak PIMPIN yang seakan dalam bentuk khat kufi. Jika sekali tengok mungkin kita boleh andaikan yang iainya menulis dengan tulisan PIMPIN, tetapi pihak FoKS Malaysia telah menentukan disiplin sendiri yang jauh lebih baik dan mudah serta logik untuk dibaca.
Logo lama |
Jadi dengan melihat logo ini dari terus digunakan disetiap pelusok UMP, aku hanya mampu memberi cadangan logo dengan disiplin khat kufi yang jauh lebih baik. Jadi aku menghantar email rasmi kepada pihak PIMPIN dan mencadangkan beberapa bentuk logo antaranya free flow, square, rectangle dan diamond.
Beberapa cadangan logo baru PIMPIN |
Akhirnya pada februari 2016 seorang pengiat kufi juga memberi tahu yang logo PIMPIN lama telah diganti dengan yang baru yang bermula pada Takwim 2016 keluaran PIMPIN sendiri dengan sedikit tambahan colouring dan text sehingga terbentuk sebuah lakaran seakan logo la kot. hahaha
Logo PIMPIN yang baru |
sumber disini |
website rasmi PIMPIN |
Jadi selepas itu, tiada lagi logo lama, yang ada hanya logo Kufi Diamond Shape by Aiman. Tetapi sebenarnya agak terkilan sedikit, sebab apa? sebab apa? Takda kredit pun ke aku walaupun sedikit. HAHAHAHA
Post a Comment for "Logo PIMPIN UMP berwajah baru"
Post a Comment