Dapatkan Aksesori (Powerbank, Charger, Kabel) Terbaik Untuk Google Pixel
Jika anda pengguna Google Pixel pasti anda tercari-cari aksesori terbaik seperti Powerbank, Charger dan Kabel yang sesuai dan mahu ciri 'charging rapidly' berfungsi apabila cas bateri smartphone anda tersebut.
Saya salah seorang pengguna Google Pixel iaitu Google Pixel 2XL, jadi segala perkongsian ini adalah daripada pengalaman sendiri.
BACA : Review Google Pixel 2 XL - Selepas Sebulan Menggunakannya
Masalah sebelum ni, ramai pengguna Pixel nak dapatkan barangan aksesori tambahan tapi kebanyakannya tidak mempunyai ciri fast charging. Ini bermakna, kabel atau adapter mereka masih berfungsi tapi tidak mampu untuk mengaktifikan 'rapidly charging'. Jadi nak cas dia slow la sikit dan ambil masa.
Jika anda membeli adapter original Pixel, mereka membekalkan dengan 18W USB-C adapter. Ini bermakna, jika anda ingin dapatkan aksesori third-party anda perlu dapatkan jumlah kuasa yang sama atau lebih supaya fast charging pada Pixel dapat diaktifkan.
Jadi disini, saya kongsikan 3 barang pengecasan terbaik untuk anda dapatkan khusus kepada telefon Google Pixel supaya ciri fast charging tersebut dapatkan diaktifkan sekali gus dapat mengecas telefon dengan pantas.
Powerbank, Adapter Dan Kabel Yang Sesuai Untuk Peranti Google Pixel
Sebenarnnya, anda boleh sahaja dapatkan aksesori original Pixel daripada local seller, tapi anda boleh dapatkan juga aksesori dengan ciri yang sama tetapi jenama yang boleh dipercayai yang lebih murah. Saya akan sediakan link pembelian di Shopee dan Lazada yang pernah saya beli sebelum ini.
Sebenarnya sesuai je untuk peranti Samsung, Oppo, Xiaomi, Honor dan sebagainya. Ini kerana Google Pixel ini cerewet sangat.
Adapter/Charger
Saya dapatkan adapter atau charger jenama TOPK dengan kuasa pengecasan sehingga 65W dengan ciri PD (Power Delivery). Sebenarnya anda boleh dapatkan apa-apa jenis jenama yang boleh dipercayai tetapi pastikan ada ciri PD tersebut. Saya pelik model TOPK ini kerana nak dapatkan sambungan 2 USB-A dan 1 USB-C kerana saya masih lagi mempunyai peranti iPhone dan smartwatch yang ingin digunakan bersama USB-A.
Antara jenama terkenal yang boleh anda guna seperti ugreen, anker, aukey, baseus, logitech, topk dan beberapa lagi jenama lain. Jadi kalau anda nak dapatkan adapter untuk Pixel anda dengan didatangkan ciri fast charging tersebut, saya sediakan beberapa pautan cadangan dibawah.
Shopee : Ugreen/Icon/button Anker/Icon/button Aukey/Icon/button TopK/Icon/button
Lazada : Ugreen/Icon/button/#367DC4 Anker/Icon/button/#367DC4 Aukey/Icon/button/#367DC4 TopK/Icon/button/#367DC4
Kabel Pengecas/Charging Cable
Sebenaranya, untuk anda dapatkan ciri penuh fast charging, anda kena gabungan ciri PD tersebut antara adapter dan kabel sekali gus berserta sambungan USBC-to-USBC. Ini bermakna, adapter kena ada ciri PD dan kabel pengecas pun kena ada ciri PD juga barulah 'charging rapidly' Google Pixel boleh diaktifkan. Jenama atau brand yang saya kongsikan tadi juga ada sediakan kabel PD tersebut.
Saya kongsikan juga charging cable yang saya gunakan sekarang yang terbukti fast charging yang anda juga boleh dapatkan.
Lazada - RM10/Icon/button/#367DC4
Powerbank
Powerbank juga mesti wajib ada ciri PD. Sama sahaja seperti adapter dan kabel pengecas. Saya guna sekarang sekarang adalah jenama Baseus yang dibeli daripada local seller di Shopee.
Dengan kapasiti bateri Google Pixel 2XL sebanyak 3520 mAh, dan Powerbank ini adalah 10,000 mAh, jadi ia mampu untuk fast charging sebanyak 2 kali dengan kapasiti penuh. Selain itu powerbank Baseus ini mempunyai port sambungan USB-A, USB-C, dan Lightning untuk iPhone. Saya ada iphone dan pixel. Sesuai sangat lah. Ianya juga didatangkan dengan kabel percuma.
Dengan saiz yang kompak lebih kecil daripada daun terup serta ringan, ianya mudah dibawa kemana-mana. Ianya juga mempunyai LED indicator untuk tunjuk kapasiti bateri yang tinggal. Anda boleh dapatkan warna hitam atau putih.
3 comments for "Dapatkan Aksesori (Powerbank, Charger, Kabel) Terbaik Untuk Google Pixel "