Cara Ubah Ikon Aplikasi Instagram Kepada Ikon Klasik
Tahukah anda, sempena ulang tahun ke-10 tahun Instagram, hari ini mereka melepaskan ciri terbaru iaitu anda boleh ubah ikon aplikasi Instagram di smartphone kepada ikon klasik pada awal pengenalan dulu.
Kita sedia maklum, apps Instagram telah diperkenalkan buat pertama kali melalui platform iOS yang diperkenalkan melalui App Store iaitu pada 6 Oktober 2010. Selepas 2 tahun, iaitu pada April 2012, barulah diperkenalkan untuk platform Android pula melalui Play Store.
BACA : Cara upload gambar di Instagram melalui laptop
Sejak itu, sudah beberapa kali ikon aplikasi Instagram telah melalui proses pertukaran bermula daripada gambar kamera sehinggalah yang anda nampak ketika ini dengan hanya menggunakan warna gradient sahaja.
Tapi sempena ulang- tahun Instagram ni, anda boleh guna kembali ikon-ikon klasik tersebut sebagai ganti kepada ikon original ketika ini. Nak tahu caranya, ikuti langkah cara ubah ikon aplikasi Instagram dibawah.
Cara Ubat Ikon Aplikasi Instagram Kepada Ikon Klasik
Langkah ini adalah sama kepada kedua platform iaitu di iOS atau di Android. Pertama sekali, anda perlu update terlebih dahulu apps Instagram anda melalui Apps Store dan Play Store.
Kemudian, pergi ke aplikasi Instagram dan pergi "Setting"
Jika sudah sampai pada halaman Setting, anda tarikh (scroll) ke bawah sehingga ikon "hadiah" terpapar. Kemudian anda boleh pilih 12 ikon iaitu Classic 2, Classic, Original, Codename (prelaunc), Twilight, Sunrise, Aurora, Pride, Gold, Dark, Light dan Very Dark.
Jika sudah berkenan dihati, klik sahaja ikon tersebut. Kemudian ikon aplikasi Instagram di smartphone anda akan bertukar. Selesai!
Ikon klasik barulah betul Instagram kan. Ikon baru ni, kurang feel kan~
2 comments for "Cara Ubah Ikon Aplikasi Instagram Kepada Ikon Klasik"