Kesilapan Pertama Ketika Berada Di Jepun

Kesilapan Pertama Ketika Berada Di Jepun

Disini aku nak kongsikan pengalaman iaitu kesilapan pertama ketika berada di Jepun pada tahun 2016 yang lepas.

Kenapa selepas 3 tahun baru nak kongsikan? Ini kerana aku terlihat dan terbaca posting daripada pengguna facebook di Group Road To Japan dimana beliau kongsikan pengalaman beliau kesilapan pertama ketika berada di Jepun.

Sebelum ini aku pernah kongsikan pengalaman aku berada di negara matahari terbit, Jepun pada tahun 2016 yang lepas. Disana, aku kongsikan pengalaman aku berada di Jepun selama 7 hari. Rata-rata meluahkan rasa terujua ketika berada di sana.

Kesilapan Pertama Ketika Berada Di Jepun

Ianya tidak boleh disangkal lagi, Jepun antara negara yang patut anda lawati sekali seumur hidup. Terdapat pelbagai keindahan dan keistimewaan yang ada di Jepun.

Dari segi budaya, cara hidup, pemandangan, teknologi, makanan dan pelbagai lagi. Di luar negara la, pelbagai perkara yang kita boleh pelajari. Jadi jika ada kesempatan dikurniakan rezeki lebih, pergi lah melawat negara-negara luar.

Melalui posting individu di group Road To Japan tersebut, secara tidak langsung, perkara yang aku rasa menyesal tiba-tiba muncul dalam kepala. Perkara inilah yang membuatkan aku nak sangat pergi ke Jepun sekali lagi.

Kesilapan Pertama Ketika Berada Di Jepun

Jika melalui perkongsian daripada Aedy Ramli, beliau sedikit menyesal dengan kesilapannya kerana tidak membuat persiapan rapi ketika berada di Jepun sehingga hangus RM400 untuk satu teksi sahaja. Jadi beliau mengeluarkan persoalan kepada group member tersebut, apa kesilapan anda di Jepun?

Apa Kesilapan Ketika Berada Di Jepun?

Jika dilihat beberapa perkongsian pengalaman mereka yang sudah berada di Jepun di bahagian komen, terdapat banyak suka dukanya. Antara yang sempat aku dapatkan daripada komen posting tersebut :

Bawak anak waktu summer... Panas dia tak boleh bawa bincang oii.. Anak ckp jepun tak best rawang lagi best - Hawa Cikgu Din
Kesilapan saya tgalkan mber sebab nk tgk muzium luffy, tgalkan 3 jam kat menara tu hahaha , tp yg bestnya kat dalam tue dpt kwn baru dr korean otaku - Wan Budak Comic 
Kesilapan saya, Bawa makanan dari Malaysia terlampau banyak utk seminggu, akhirnya sedekah pada Malaysian. Nasib musim luruh dah masuk suhu rendah. Lapar sentiasa. Habis jugak makanan sikit2. Berpada bawak makanan. Beratkan luggage. - Nurul Farahin Mat Sharif
Kesilapan saya adalah cuai... Pernah terhilang tiket bas kat kobe... So end up dpt pegi a few tempat je.. Rugi2.. So kawan2 yg lain, be careful ye... Sila jaga brg2 anda betol2... - Ilmiah Moksin 
Kurang persediaan mental kot, kalah dengan suhu sejuk sampai demam - Zura Rais
Kesilapan saya tak try ramen sana, tak g kedai hello kitty, tak g daiso sana, g labi sekejap je, tak borong green tea matcha byk2, 😭😭 - Haliza Nita 

Untuk kes aku tidaklah silap sehingga terpaksa mengeluarkan duit, tetapi kesilapan aku adalah aku tidak membawa kamera canon DSLR sahaja. Hahaha mungkin beberapa dari anda tidak terkesan pada kesilapan aku ni, tetapi tidak bagi aku. Kenapa aku rasa ianya sebuah kesilapan?

Kesilapan Pertama Ketika Berada Di Jepun

Pertamanya, ini kerana kamera DSLR tersebut bagi aku masih baru dibeli dan juga tiada sesiapa pun menggunakannya ketika itu. Keduanya, ketika itu aku sudah sedikit mahir menggunakan DSLR sebab di zaman universiti, aku telah terlibat beberapa program berkaitan multimedia dan kamera ini juga aku sudah biasa. 

Kesilapan Pertama Ketika Berada Di Jepun

So, kenapa aku tak membawa kamera DSLR tersebut? Juga ada beberapa sebab. Antaranya adalah bidang tugas. Perjalanan aku di bumi Jepun bukanlah semata-mata bercuti tetapi ianya adalah melawat sambil belajar, kerana ia adalah dibawah program Universiti.

Jadi kami telah pun diberi tugas dan jawatan masing-masing ketika berada di Jepun dan aku kawan aku telah pun ditugaskan sebagai pengurusan multimedia merangkap multimedia. Jadi mereka sudah pun membawa kamera sendiri. Jadi kenapa aku perlu bawa bukan? Itulah apa yang aku fikirkan ketika itu.

Selain itu, pada tahun 2016 tersebut, buat pertama kali aku pakai iPhone dan katanya kamera iPhone la yang paling cantik. Jadi aku yakin dengan iPhone aku sahaja. Padahal ketika itu, iPhone aku hanya berkapasiti 16GB sahaja. Mana nak cukup nak tangkap gambar banyak-banyak kan. Ketika itu aku terlalu yakin.

Akibat daripada kesilapan aku ini, aku rasa gambar yang aku tangkap tidak cukup cantik kalau dibandingkan dengan kamera DSLR dan juga tidak cukup banyak kerana kapasiti iPhone yang tidak cukup besar.

Jika nak buat perbandingan dengan kualiti gambar ketika aku berada di Perth dan Jepun, jurangnya terlalu besar. Ini kerana ketika di Perth aku bawa kamera. Jadi banyak gambar dan cantik kualiti gambar. Di Jepun juga sangat cantik pemandangan dan gambaran di sana. Tapi sayang aku rasa tidak berapa cukup tangkapan aku di Jepun.

BACA JUGA : Pengalaman Bercuti Di Perth, Australia

Jadi kesilapan pertama ketika berada di Jepun untuk pengalaman aku adalah tidak membawa kamera DSLR yang aku sendiri ada. Akhirnya telah memberikan aku galakan yang lebih untuk aku nak pergi lagi Jepun. hehe 

Kepada yang berkenaan, moh la rodong ke Jepun!

Mungkin anda ada juga pengalaman kesilapan ketika berada di Jepun atau negara-negara lain. Kongsikan dibahagian komen.

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

5 comments for "Kesilapan Pertama Ketika Berada Di Jepun"

Comment Author Avatar
Jepun ni antara negara yang Zumal teringin pergi sejak kecil. Tapi terpaksa simpan je angan-angan tu
Comment Author Avatar
Manusia belajar dari kesilapan.
Comment Author Avatar
bestnya pegi jepun. teringin sangat2 nak ke sana lepas belajar nihonggo masa sekolah menengah dulu
Comment Author Avatar
Bagus jugak perkongsian macam ni so sesiapa nak ke Jepun atau mana-mana destinasi lain at least boleh dapat idea jangan ulangi kesilapan tersebut.
Comment Author Avatar
sy pun ada angan2 juga nak pegi jepun tp nda kesampaian lgi huhu.. Hopefully suatu hari dapat pergi ke sana ..