Cara Daftar Dan Menggunakan Astro GO 2024
Selain di TV, kini anda boleh menonton saluran Astro terus di telefon bimbit anda. Selain di rumah, anda juga boleh menonton Astro dimana-mana sahaja bersama telefon bimbit atau apa-apa peranti yang mempunyai sambungan internet.
Jadi selepas ini, korang tidak lagi perlu berebut remote control dengan orang lain. Kalau mereka nak tengok Korea tetapi anda nak tengok bola. Anda boleh biarkan mereka menontong korea di TV, tetapi anda menonton bola di telefon bimbit atau melalui komputer anda. Selesai masalah!
Astro telah memperkenalkan Astro GO yang diperbaharui namanya Astro On The GO pada 2017 yang lepas. Jadi apa bezanya Astro biasa yang kita guna dan juga Astro GO yang diperkenalkan ini?
Secara ringkasnya, Astro GO adalah komplimentari untuk semua pelanggan Astro bagi menonton on demand serta saluran-saluran kegemaran mereka pada peranti mudah alih (smartphone dan tablet) serta komputer, pada bila-bila masa atau di mana sahaja mereka berada di Malaysia.
Astro GO adalah eksklusif untuk pelanggan Astro
Pelanggan Astro yang mempunyai langganan televisyen berbayar boleh menghubungkan akaun mereka untuk menonton on demand dan saluran-saluran TV yang merupakan sebahagian daripada langganan mereka.
Cara Menggunakan Astro GO
Dengan Astro GO, anda boleh menonton saluran mengikut langganan bulanan yang dibuat dengan Astro tetapi yang berbeza hanya anda perlu mempunya sambungan internet.
Jadi di dalam website dan juga aplikasi Astro GO juga disenaraikan semua saluran seperti langganan anda dan juga senarai tontongan on demand. Ini bermakna, anda boleh tengok siaran serentak sama di TV dan juga anda boleh menonton mana-mana drama yang telah disiarkan secara terus tanpa gangguan.
Perhatian
Apa yang diterangkan di website Astro GO, adalah sama seperti di aplikasi Astro GO
Anda boleh menonton siaran Astro GO sama seperti yang sedang berlangsung di TV di bahagian Now On TV. Apa yang anda langgan di Astro, sama juga disiarkan di Astro GO
Kemudian terdapat juga beberapa ketegori lain yang boleh anda tonton secara on demand seperti
- Catch Up
- Boksets
- Movies
- Kids dan banyak lagi
Jika anda mahu membeli/sewa sesebuah cerita atau filem, anda boleh pergi ke bahagian Store. Disini anda boleh membeli dengan cara pay-per-view. Anda diberi beberapa hari untuk menonton filem tersebut, bila-bila masa sahaja dengan hanya menggunakan sambungan internet.
Jika pada awal Oktober yang lalu, jika anda sudah mendaftar Astro GO, anda boleh menonton semua saluran secara percuma. Astro menghadiahkan 2 minggu saluran percuma kepada semua pengguna atas pencapaian yang diperoleh pihak Astro sebelum ini.
BACA JUGA : Saluran Astro Percuma Pada Oktober 2019
Cara Daftar Astro GO
Sebelum anda boleh akses saluran yang diperkenalkan di atas, anda perlulah mendaftar masuk Astro GO terlebih dahulu. Jadi bagaimana caranya untuk anda daftar supaya membolehkan anda menonton Astro terus di telefon bimbit anda. Pendaftaran adalah PERCUMA!
Langkah 1
Anda perlu mendaftar maklumat diri di aplikasi Astro GO atau terus melalui laman web di astrogo.astro.com.my
Muat turun aplikasi Astro GO
Langkah 2
Anda mula mendaftar dengan klik di bahagian Don't have an Astro ID?Click here dan anda akan dibawa ke bahagian seterusnya
Langkah 3
Disinilah anda perlu dapatkan No akaun atau No Smartkad Astro berserta no kad pengenalan bagi pemegang akaun Astro tersebut. Pastikan no IC tersebut adalah pemilik no akaun Astro tersebut. Kemudian barulah masukkan butiran peribadi yang berkaitan dan barulah anda boleh akses Astro GO.
Dan ianya selesai! Anda boleh nikmati Astro GO bila-bila masa dan dimana-mana sahaja.
Bilangan Peranti Yang Boleh Disambungkan Dengan Pemilik Astro ID Kita
Dengan menggunakan 1 Astro ID (No akaun atau No Smartkad), anda boleh mendaftar 4 peranti dan menonton dengan peranti-peranti tersebut secara serentak.
Untuk filem-filem Pay-per-view serta siri TV (contoh Astro First, Astro Best & filem-filem berbayar terpilih), pelanggan boleh menonton dengan 2 peranti pada masa yang sama.
Jadi selepas ini, tiada lagi masalah perebutan remote control terjadi. Mereka boleh tengok cerita kesuakaan mereka, anda boleh tonton filem kegemaran anda dengan hanya menggunakan Astro GO.
38 comments for "Cara Daftar Dan Menggunakan Astro GO 2024"
balik