Perkongsian Pengalaman Tidak Dibenarkan Berlepas Ke Perth, Australia
Perth, Australia adalah salah satu destinasi pelancongan terkenal yang rata-rata rakyat Malaysia suka datang ke sini. Sudah tentu ia menjanjikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Disini, Australian sahaja anda boleh lihat binatang unik seperti Koala dan Kanggaru di depan mata. Di tempat lain mungkin ada, tetapi anda hanya boleh lihat di zoo sahaja.
Selain itu terdapat lagi tempat-tempat menarik yang anda boleh lawati yang ada di Perth, Australian terutamanya. Sekarang ni pun nilai Ringgit berbanding Australian Dollar dah naik sikit. Mungkin masa yang sesuai.
Beberapa bulan yang lepas aku berkesempatan untuk jelajah di bumi Perth dan boleh katakan ianya sebuah pengalaman yang tidak boleh dilupakan. Anda boleh baca perkongsian Pengalaman Aku bercuti di Perth, Australia
Tetapi ada sudut yang lain jarang berlaku tapi pernah berlaku yang membuatkan agak kurang selesa ketika ingin bercuti ke Perth. Ya, pengawalan yang amat ketat terutamanya bagi pelancong daripada Malaysia di imigresen airport.
[Sudah Baca?] BERCUTI DI PERTH, AUSTRALIA | BAHAGIAN 1
Pengalaman aku buat pertama kali pergi ke Perth, alhamdulillah semuanya berjalan lancar bermula di gate KLIA sehingga melepasi imigresen Perth itu sendiri. Tiada apa-apa yang tidak menyedapkan hati berlaku.
Tetapi ada sekumpulan anak mudah yang telah mengalaminya yang memberi pengalaman buruk buat mereka. Mereka telah berkongsikan pengalaman mereka apabila tidak dibenarkan menaiki pesawat ke Perth, Australia di laman twitter yang menggunakan tweet handle @reenzahari
Jadi disini aku nak kongsikan perkongsian di twitter apabila tidak dibenarkan terus menaiki pesawat untuk terbang ke Perth.
Pengalaman Tidak Dibenarkan Menaiki Pesawat Ke Perth
Perkongsian di Twitter yang sehingga kini mendapat hampir 15,000 Retweet dan Likes kini menjadi tumpuan khasnya rakan twitter jaya.
Tuan empunya twitter reenzahari berkongsi bersama rakyat twitter tentang pengalaman mereka bersama 6 teman yang lain tidak dibenarkan menaiki pesawat untuk ke Perth, Australia atas sebab tidak munasabah
Seperti biasa, jika anda mahu pergi bercuti terutamnya ke negara luar, persiapan rapi harus dibuat sebaiknya lagi-lagi untuk pergi ke negara Kangaru, Australian.
Di mana anda mahu tinggal, tentatif perjalanan, makanan, tempat-tempat untuk dilawati. Semua itu perlu jika anda mahu ke negara ini. Boleh katakan, ianya wajib dan perlu untuk dipersiapkan sebelum bercuti.
Kini untuk pergi ke Australia anda perlukan Visa pelancong. Anda boleh dapatkan lebih kurang RM20 sahaja. Tak mahal pun.
Mereka pada hari tersebut akan menaiki flight Air Asia di KLIA2 yang katanya di Gate P6. Seperti biasa sebelum boarding, anda akan beratur bagi melalui security check. Disini anda akan disemak berkaitan tiket flight anda.
Disinilah la juga peristiwa ini mula berlaku dimana reenzahari sendiri telah ditahan oleh pihak keselamatan sebelum dibenarkan boarding. Seterusnya kawan kedua pula ditahan dan dibawa ketepi.
Selepas itu datang seorang individu Australian sendiri iaitu pegawai imigresen Australia yang standby di lapangan terbang yang dipanggil Profiler.
Bukan sahaja di KLIA2 ada profiler ini, di KLIA sebelum ini pun, ada juga mereka tunggu di boarding. Pengalaman aku sebelum ini, hanya adik aku sahaja ditanya.
Ketika itu mereka hanya tanya 'kenapa datang Perth?' Adik aku hanya menjawab untuk bercuti dan terus dilepaskan.
Mungkin kami datang sekeluarga, jadi tiada apa-apa perkara yang mencurigakan.
Berbeza dengan 6 sekawan ini, mereka telah ditahan kerana mencurigakan. Pelbagai soalan telah ditanya antaranya:
1. Berapa wang AUD yang anda bawa?
2. Bertanyakan tentang itinerary
3. Kenapa datang ke Perth dan pelbagai lagi
Disinilah berlaku sesi soal jawab antara profiler tersebut bersama 6 sekawan tersebut.
Jadi akhirnya, mereka 6 sekawan terus tidak dibenarkan untuk boarding sehingga flight berlepas.
Antara sebab yang mencurigakan dari segi pandangan profiler tersebut adalah:
Mereka sekawan hanya membawa AUD350 setiap orang dan baginya tidak cukup. Katanya, sepatutnya kene bawa sekurang-kurangnya AUD1000 setiap orang.
Profiler curiga yang mereka datang ke Perth untuk bekerja ( kutip buah; contohnya) kerana bawa bekalan wang yang sedikit.
'I dont see you as tourist and dont allow you go to Aussie'
Ya, kita sedia maklum sebelum ini banyak isu di mana rakyat Malaysia ramai bekerja menggunakan Visa Tourist tetapi bekerja secara haram di Australia.
Selepas itu bagi mengelakkan lambakan 'pekerja haram' ini, pihak kerajaan Australia mengetatkan kemasukkan ke negara mereka khususnya daripada Malaysia.
[Sudah Baca?] PERSEDIAAN SEBELUM TRAVEL ATAU MELANCONG
Jadi kepada anda yang mahu untuk ke Australia selepas ini terutamanya anak muda, persiapkan lah segalanya. Bawa la sampai AUD1000 tu untuk seorang. Tapi bagi aku, ianya sangat banyak kot dengan RM3000.
Bagi yang datang bersama family pula, aku rasa ianya tiada masalah pun mengikut pengalaman sendiri baik imigresen di KLIA mahupun imigresen di Perth.
Tetapi anda sepatutnya terus semangat untuk pergi jelajah dan bercuti di Australia. Yang tiada di negara lain. Negara yang aman dan banyak tempat-tempat menarik yang boleh dilawati.
sumber: twitter @reenzahari
3 comments for "Perkongsian Pengalaman Tidak Dibenarkan Berlepas Ke Perth, Australia"
ingatkan criminal profiler je yg ada..yg ni selalu tengok dalam drama korea..huhu..