Bantuan Sara Hidup (BSH) Fasa Ketiga Akan Mula Dibayar Pada 28 Ogos 2019
Bantuan Sara Hidup (BSH) merupakan initiatif kerajaan bagi meringankan beban rakyat yang kurang berkemampuan dari segi kewangan.
BSH telah memasuki tahun ke-2 pada 2019 kali ini yang sedikit sebanyak memberi kebaikkan kepada penerima. Setiap golongan juga telah menerima bantuan sebelum ini.
Bagi Bantuan Sara Hidup (BSH) ini terdapat 3 kategori iaitu kategori 1, 2 dan 3 yang dibezakan mengikut pendapat isi rumah dan 3 kategori ini juga akan menerima bantuan ini 3 kali setahun iaitu Fasa 1, 2 dan 3.
[Berkaitan] Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 Kategori Bujang Sudah Mula Di Bayar
[Berkaitan] Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 Kategori Bujang Sudah Mula Di Bayar
Bagi Fasa 1 sebelum ini telah pun dibayar pada Januari 2019, seterusnya Fasa 2 pada Mei 2019 dan kini Fasa 3 akan dibayar pada Ogos 2019.
Pembayaran BSH Fasa 3 Akan Mula Dibayar
Demi menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat dengan meringankan kos sara hidup membantu golongan berpendapatan rendah (B40), pembayaran Fasa Ketiga Bantuan Sara Hidup (BSH) akan mula dibayar pada 28 Ogos 2019 (Rabu).
Bagi yang tidak mengertahui berkaitan perincian nilai BSH 2019 yang diterima oleh isi rumah. Anda boleh tengok didalam jadual seperti dibawah:
Pendapatan Isi Rumah | Bawah RM2000 | RM2001 - RM3000 | RM3001 - RM4000 |
---|---|---|---|
Fasa 1 | RM300 | RM300 | RM300 |
Fasa 2 | RM300 | RM150 | RM100 |
Fasa 3 | RM400 | RM300 | RM100 |
Jumlah | RM1000 | RM750 | RM550 |
Rayuan Permohonan BSH 2019
Jika pada Fasa Kedua sebelum ini terdapat keluarga yang tidak mendapat bayaran atas sebab-sebab tertentu dan penyelesaian diberi iaitu dengan memohon dan membuat rayuan.
Jadi kepada yang belum lagi membuat permohonan rayuan bagi BSH 2019 ini, anda boleh berbuat demikian mulai 1 Julai 2019 hingga 15 Ogos 2019.
Bayaran baig mereka yang diluluskan rayuannya ini dijangka akan dibuat pada bulan September 2019 kelak. Jadi masih sempat lagi untuk anda membuat permohonan rayuan.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi :
Talian bebas tol 1-800-88-2747
e-mel : bsh@treasury.gov.my
3 comments for "Bantuan Sara Hidup (BSH) Fasa Ketiga Akan Mula Dibayar Pada 28 Ogos 2019"
Kekdahnya dapat time nak sambut merdeka!