Pedas Tak Terhingga Makan Sambal Di Nasi 3 Budak Gemok
Beberapa minggu yang lepas aku berkesempatan untuk cuba 1 tempat makan yang semakin popular di Selangor dan Kuala Lumpur yang katanya terkenal dengan sambal gesek yang pedas. Aku dapat kenal tempat makan ini kalau tak silap melalui rancangan tv3 iaitu Majalan 3. Melalui rancangan tersebut, aku dapat tahu nama kedainya dan seterusnya mengetahui kawasan di mana ianya terletak. Kedai makanan tersebut adalah Kedai Nasi 3 Budak Gemok.
Aku bukanlah terlalu minat kepada sambal atau makan pedas, tetapi bagi aku sendiri, kalau nak makan mesti ada sesuatu lauk yang pedas, kalau tiada pun, kene ada sambal. Jadi kedai ini telah memberi keperluan itu kepada aku. Kedai mereka terkenal kerana dik sambal gesek yang katanya begitu pedas. Jadi aku nak cubalah dan aku dapat rasa akhirnya. Jadi kita review la sikit kedai tersebut.
Kedai Nasi 3 Budak Gemok
Kat sini aku taknak cerita asal usul kedai, siapa 3 budak gemok ini, itu aku tak boleh bagi jawapan. Mungkin memang betul tuan kedainya 3 orang yang berbadas besar. Anda boleh cari sendiri jawapan tersebut.
Nasi ini merupakan kombinasi antara Nasi Putih + Ayam Kicap + Timun + Sambal Gesek + Telur Dadar sebagai pilihan. Bagi aku kombinasi ni bagus sebabnya gabungan antara masakan manis iaitu kicap dan juga pedas iaitu sambal geseknya. Cara penyediaannya begitu mudah hanya menggunakan kertas bungkusan bersama alas pinggan sahaja. Jadi ianya memudahkan untuk disediakan dan juga mudah untuk dibersihkan.
Bagi rasanya pula, bagi aku nasi putih dan ayam kicapnya sama seperti masakan yang lain yang anda pernah rasa iaitu sedap manakala sambal geseknya bagi aku dalam kategori pedas tetapi masih boleh dimakan dan diterima mulut. Berpeluh juga la makan, jadi cari kepas untuk keselesaan.
Harga Makanan
Seperti di dalam gambar, hidangan menu yang disediakan cuma ada Ayam Kicap Sambal Power dengan menu BIASA (RM8), BIASA + TELUR (RM10), AYAM EXTRA (RM12), AYAM DOUBLE (RM14) dan MONTEL (RM15). Bagi aku dengan portion dan harganya amat sesuai tetapi sambal gesek yang dapat hari tersebut macam sikit la. Macam tak puas pula. Sepatutnya kene tambah Cilip Extra Shot mungkin. Menu air adalah menu lain.
Bagi anda yang ingin singgah, Nasi 3 Budak Gemok dibuka bermula jam 12 tengah hari setiap hari sehingga habis dan ada juga dibuka di malam hari. Mereka mempunyai beberapa cawangan iaitu :
- WangsaMaju, Seksyen 10
- The H, Hartamas
- Uptown Kota Dame
- Rock Cafe, Sunway
- Bangsar South (TouchNGo)
- Kilang Kitchen, Setapak
- Anjung 7, ShahAlam
Tempat yang aku makan tersebut adalah di Uptown Kota Dame, Kota Damansara di bahagian food courtnya dan cari lah masa yang sesuai takut ramai beratur. Seikhlasnya Nasi 3 Budak Gemok boleh terus di repeat dan repeat.
Untuk segala update, korang wajib tengok di Instagram mereka
Instagram @tigabudakgemok
4 comments for "Pedas Tak Terhingga Makan Sambal Di Nasi 3 Budak Gemok"