Akhirnya Dapat Rasa KFC Nacho Cheezy Crunch

Akhirnya Dapat Rasa KFC Nacho Cheezy Crunch

Mungkin sebagai peminat ayam goreng amnya atau KFC khususnya telah merasai antara menu baru iaitu KFC Nacho Cheezy Crunch. Aku bukanlah peminat ayam goreng atau makanan KFC ni, tetapi hanya teringin merasai apa yang istimewanya menu baru dariapda KFC ini.


Pada beberapa hari yang lepas, akhirnya aku dapat merasai menu baru KFC ini di Kuantan Parade bersama housemate. Aku rasa KFC Nacho Cheezy Crunch ini diperkenalkan awal bulan Mei atau pada bulan April. Jadi bulan Jun baru aku dapat rasa.

Secara ringkasnya, KFC Nacho Cheezy Crunch ini adalah menu ayam goreng disaluti dengan Crunchy Nacho Flakes bersama dengan Spicy Jalapeno Cheese. Untuk KFC Nacho ini disediakan dengan 2 set yang berbeza iaitu Set A dan juga Set B yang hanya membezakan kuaniti ayam goreng iaitu Set A 2 ketul ayam goreng dan Set B 3 ketul ayam goreng dengan harga masing-masing adalah RM14.90 dan RM19.90. Jika anda dapatkan set KFC Nacho ini, akan diberi 1 Air Mango, 1 Coslow, 1 Mashed Potato 2 Ayam Goreng + 2 Jalapeno Cheese (3 Ayam Goreng + 3 Jalapeno Cheese)

Akhirnya Dapat Rasa KFC Nacho Cheezy Crunch
Set A

Review Ringkas Untuk KFC Nacho Cheezy Crunch

Bagi aku, KFC Nacho ini untuk ayam gorengnya, flakesnya tidak rasa apa-apa kelainan. Bagi aku rasanya tetap sama, tetapi dari segi crunchy nya bertambah berbanding dengan menu ayam goreng biasa. Alhamdulillah, masa aku beli, aku dapat ayam goreng yang betul-betul baru masak dan panas. Crunchy nya begitu sedap untuk dijamah. 

Akhirnya Dapat Rasa KFC Nacho Cheezy Crunch
Crunchy Nacho Flakes

Akhirnya Dapat Rasa KFC Nacho Cheezy Crunch

Manakala untuk cheese nya pula saling tak tumpah seperti cheesy wedges. Rasanya sama sahaja. Tetapi agak sedap jika di cicah bersama ayam goreng. Jadi bagi aku, kombinasi ayam goreng dan cheese ini berjaya. Sebenarnya sos cili tak perlu pun, tapi untuk aku kalau makan KFC mesti kene ada Life Sos. Portion cheese yang diberi memadai dan cukup. 

Selain daripada itu, air mango diberi mungkin nak match up dengan kekuningan cheese kot. Aku makan KFC mesti kene air gas, tetapi untuk menu baru ini, mango yang diberi. Telan je la. Side dish lain seperti biasa, tidak mengecewakan.

Bagi aku menu KFC Nacho Cheezy Crunch tidaklah terlalu unik dari segi rasa. Ianya tetap sedap dan yang penting tidak membunuh identiti KFC itu sendiri dengan harga berpatutan. Menu baru ni, BOLEH REPEAT!
Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

6 comments for "Akhirnya Dapat Rasa KFC Nacho Cheezy Crunch"

Comment Author Avatar
sha suka air mango dia hahaha semalam makan ni jugak!
Comment Author Avatar
yes. sama merasa hehe
Comment Author Avatar
tak sempat lagi nak try... kalau lepas raya ni ada lagi.. nak try jugak lah
Comment Author Avatar
bro kene try. berbaloi ni sebelum menunya habis
Comment Author Avatar
https://shahirah-lee.blogspot.com/2018/06/sudden-comeback-with-segment.html jom join :)
Comment Author Avatar
insya allah akan join. terima kasih atas jemputan