Pertukaran Nama Blog helloaiman.com kepada aimanabdullah.com


Pertama sekali, aku lega kerana akhirnya selepas hampir 1-2 bulan berfikir untuk menukar alamat rumah blog aku ini telah tercapai. Hampir 2 bulan lepas telah terdetik untuk aku menukar lagi nama domain.

Aku sebenarnya masih samar-samar kenapa aku membuat keputusan untuk tukar domain lain, sedangkan domain sebelum ini sudah menapak di halaman google hampir 1 tahun. Pada 2017 tahun lepas, aku bermula dan memasuki dunia blogging dengan hosting percuma daripada google iaitu menggunakan blogspot. Untuk nama awal blogspot aku adalah helloaimansite.blogspot.com.

Sebelum aku membuat keputusan untuk menggunakan blogspot, aku dah buat research yang katanya buatlah keputusan awal untuk mendapatkan domain sendiri iaitu daripada blogspot.com kepada .com. Kalau tak silap, 1-2 minggu selepas itu aku ambil keputusan untuk membeli domain di godaddy dengan harga RM2 sahaja dengan alamat baru www.helloaiman.com




Sudah hampir setahun helloaiman bertapak, akhirnya aku membuat keputusan untuk menukar nama kepada nama sendiri iaitu www.aimanabdullah.com. Antara faktor yang aku rasa mempengaruhi adalah aku tengok terlalu ramai blogger diluar sana menggunakan nama sendiri sebagai nama blog jika nichenya ke arah personal blog yang mana blog aku ni juga ke arah personal blog. 

Ya sudah tentu akan banyak kesan yang aku terima selepas aku menukar nama blog ini lagi-lagi nama lama tersebut sudah lama bertapak. Aku kene terima juga, nanti aku akan kongsikan antara kesan yang aku terima selepas menukar nama blog. Aku harap ini nama atau alamat yang terakhir dan tiada lagi penjenamaan berlaku

Apa-apa pun kepada semua followers dan pembaca yang pernah bertapak di sini. Aku ingin bagi tahu sekali lagi, helloaiman.com sudah tiada, kini yang baru adalah www.aimanabdullah.com
Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

27 comments for "Pertukaran Nama Blog helloaiman.com kepada aimanabdullah.com"

Comment Author Avatar
tahniah aiman kerana membuat penjenamaan semula nama domain blog!
Comment Author Avatar
Tahniah Aiman..tak apa apa pun kesannya biarkan dulu ye. Apapun all the best ye
Comment Author Avatar
tak boleh biarkan. kene cari trafik semula hehe btw terima kasih
Comment Author Avatar
Ini tanda-tanda awal seseorang itu mengalami ketagihan untuk membeli domain banyak-banyak nie.
Comment Author Avatar
kahkah suka komen ni. act ni dulu pernah rasa sebelum rasa nk blogging. acah2 nak guna blog banyak, macam2 nak tulis. alih2 bukan senang nak tulis, bukan senang nak bertapak blog kita di google kan.
Comment Author Avatar
woww agak berani di situ. haha. actually saya rasa okay je helloaiman. sebab saya pun dah terbiasa dengan "helloaiman". tapi tak salah pun nak tukar kepada nama sebenar kita because it look more professional maybe? saya pun guna nama sendiri haha. its okay. kena usaha lebih keras lepas ni untuk naikkan balik Pageviews blog sebab kebiasannya lepas tukar domain, PV akan turun.
Comment Author Avatar
kadang2 rasa mcm sebab terpengaruh dengan blogger yang guna nama sendiri ni la hehe ya! PV sangat menurun. haha takpa slow-slow mendaki semula.
Comment Author Avatar
Saya rasa nama Hello Aiman tu macam comel je nak-nak dengan favicon dia. Tapi kalau pakai nama sendiri pun elok jugak sebab blogger terkenal yang pakai nama sendiri saya salute, rasa lebih mudah dipercayai
Comment Author Avatar
jika niche blog personal memang disarankan menggunakan nama sendiri sebab itu cara terbaik membina branding..

jika ada dua nama yang sama dan kita sudah ada domain..bermakna yang sorang terpaksa gigit jari..

apa-apapun saya ucapkan selamat berkenalan dengan bro yang hensem..

keep in touch
Comment Author Avatar
betul, niche lebih kepada personal blog saya pun rasa sesuai dengan nama sendiri. nasib baiklah takda lagi yang guna kan. hehe salam kenal juga hanafi
Comment Author Avatar
ingatkan ni aiman lain tadi sebab selalu tgk helloaiman. apa apa pun tahniah :)
Comment Author Avatar
hehe salam perkenalan nama baru
Comment Author Avatar
okay la ni pakai nama sendiri. nampak professional. sy pun fikir banyak kali masa buat domain dulu. sebab domain ni melambangkan diri kita juga. org akan tgk nama dulu before masuk blog kita
Comment Author Avatar
nama official, baru orang percaya sikit kan hehe
Comment Author Avatar
rasa macam nak guna domain balik je
Comment Author Avatar
tukar tukar sebelum terlambat, sebelum hilang traffik haha
Comment Author Avatar
takpa pelan-pelan cover balik kesan tu. :D
Comment Author Avatar
insya allah. kene double rajin lagi la ni
Comment Author Avatar
terbaik! azah pun guna nama sendiri untuk domain. entahlah. rasa macam professional guna nama sendiri ni. hehee tapi hello aiman pun sounds good. tambah2 dah setahun dengan domain hello aiman tu kan tapi takpe, selamat mengejar PV dan UV :D
Comment Author Avatar
tahniah! patut mula mula sha macam tak kenal hihi
Comment Author Avatar
Tahniah, CR je la tak tukar domain lagi,

done follow back :) org pahang ea, hye geng!
Comment Author Avatar
tahniah aiman untuk lebih maju kedepan. dan serius dalam berblogging.. pertukaran nama tu busyra pun setuju sbb nama asal pemilik lebih bagus dijadikan sbgai domain. nmpak lebih porfessional :)