Apabila Dosa Kecil Berganda Menjadi Dosa Besar
Walaupun terdapat perbezaan antara dosa besar dan dosa kecil, seseorang itu tidak boleh sewenang-wenangnya melakukan dosa kecil tersebut. Ingat! dengan melakukan dosa-dosa kecil ia akan berganda seterusnya menjadi dosa besar! Semua ini berlaku apabila:
- Melakukan sesuatu dosa kecil secara berulang-ulang dan terus menerus. Sesungguhnya, hanya perkara yang baik sahaja yang boleh dilakukan secara berterusan walaupun sedikit.
- Sesuatu dosa di dianggap sebagai perkara remeh. Jangan pernah sesekali mengatakan bahawa dosa itu sebagai perkara remeh walaupun ia kecil, kerana Allah itu Maha Besar lagi Maha Agung.
- Timbul rasa bangga kerada dapat melakukan dosa tersebut. Walaupun tahu perkara tersebut dosa, seseorang bangga melakukannya. Dia tidak sedar bahawa dia akan mendapat balasan buruk daripada Allah.
- Tertipu dengan nikmat yang Allah kurniakan. Inilah istidraj iaitu seseorang yang diberi nikmat oleh Allah, namun masih kekal melakukan dosa dengan perasaan aman dan tenteram.
- Tidak segan-silu memberitahu orang lain akan dosa yang dilakukan. Seseorang yang bersikap seperti ini sebenarnya telah memalukan dirinya sendiri bukan sahaja di hadapan manusia, bahkan di hadapan Allah.
- Dosa yang dilakukan oleh seorang ulama atau tokoh dan menyebabkan ramai pengikut turut melakukannya. Oleh sebab itu, ajarkanlah perkara yang benar dan tepat berlandaskan syariat Allah.
sumber: solusi
4 comments for "Apabila Dosa Kecil Berganda Menjadi Dosa Besar"