Lirik lagu Pejamkan Mata daripada Malique feat. Dayang Nurfaizah | Sejak hari-hari sebelum ni, kalau aku nak dengar lagu mesti aku mulakan dengan lagu yang sama. Aku sekarang memang tak save lagu dalam phone dah sebab memory 16gb je, so tak muat. hahaha Jadi berbekalkan DiGi Music Freedom aku dengan streaming je daripada JOOX Music dengan 2 jam mod VIP. Lagu yang aku maksudkan adalah Pejamkan Mata daripada Malique feat. Dayang Nurfaizah. Lagu yang agak susah untuk difahami dengan bait liriknya, jadi aku kene dengar selalu tambahan lagunya pun sedap untuk didengari lagi-lagi dengan kehadiran Dayang Nurfaizah. WarnerMusic mengeluarkan video lirik lagu secara rasmi pada Februari 2017. So, kat sini aku nak share lirik lagu beserta maksud setiap perkataan yang mungkin kurang difahami. Enjoy!!
Lirik lagu Pejamkan Mata - Malique feat. Dayang Nurfaizah
(Malique)
sebermula maka dipaksa diam
dengar, patuh dan terpaku tunduk
selesakan di bawah, sujudnya rujuk telunjuk
tenagamu kencanaku katanya fitrah gawai
kedanamu ketawaku dekahnya hingga sawai
berontak, dongak, lembayung ku ternampakkan
si hering menyorak, ngoyak awan canggung dan berantakan
dah diragut total, cinta resiprokal
bila dipersoal kekal equivokal
katanya tanggal tali leher itu
cukuplah seharian digembala
lupuskan logarithma yang menghantui kepala
dalam tafakur, akur, sadur mimpi yang dikabur
karektor kartun kantor dan karikatur diktator
dikabur takbur shabab yang bermusim
tak punya tempat di benak jiwaku jemaah mereka bermukim
al-malik, al-kudus, as-salam, al-mukmin
ubat gementar senja suara ngekor roh ke kasur
masyghul, runsing… jah
[Chorus: Dayang Nurfaizah]
pejamkan mata
mata yang lesu itu
dan mimpikan yang indah
mimpikan aku
biarkan gelita
menghapus derita
pejamkanlah matamu
(Malique)
aku terdengar suara itu lagi
dari tenggara namaku diseru
disuruh hembusnya lilin di setiap empat penjuru
katanya mata penamu tak mencoret solusi
kata magismu takkan mampu cetus revolusi
manusia kan sentiasa menyakiti
yang tak membunuh buatmu kebal sehari lagi
masa untuk koktel Lorazepam, Ambien, Risperdal
semoga afdal bertemu di astral
selamat tiba kita ke republik cinta
lagenda dimensi ruang dan waktu tak bersempadan
halaman terbentang suci, dicuci noda dan nista
terhapus dogma dan stigma, kepincangan dan kehilangan
arasy yang tiada penghuni mengugut buli
tak perlukan runut bunyi, sembunyi, bersunyi sakan
di hati dan pituitari menarinya tanpa bumi
menyanyinya tanpa bunyi, keghaibannya kita raikan
[Chorus: Dayang]
(Malique)
(hakikatnya nirvana di sana
di sini masih lagi samsara
cuba tak diperhambanya dunya
sukar tapi aku cuba
sukar tapi aku cuba ya)
(Dayang Nurfaizah)
kembalikan senyuman
serimu yang dulu
kembali ke dakapan
ku perlindunganmu
walaupun gerhananya
seakan tak berakhir
selagi ku di sisi
tak usah khuatir
[Chorus]
Glosari:
Kencana/ken·ca·na/ - emas.
Gawai I /ga·wai/ - kerja; pekerjaan;
Kedana - papa, miskin:
Sawai III ; bersawai - tidak sedarkan diri .
Lembayung/lem·ba·yung/ - tumbuhan melilit, bunganya ungu; Basella rubra;
Diktator - orang yg memerintah dgn kuasa mutlak atau tidak terbatas.
Shabab - dalam arab bermaksud "anak muda."
Kasur/ka·sur/ - alas tidur yang terbuat dari kain atau plastik, berisi kapuk, karet busa, dan sebagainya.
Masyghul - (berasa) sedih atau (berasa) dukacita kerana sesuatu
Runsing - hati susah hati kerana tidak sampai maksud
Solusi- penyelesaian masalah
Revolusi- perubahan
Lorazepam (ubat untuk anxiety disorder atau despresi), Ambien (Ubat untuk imsomnia atau penyakit sukar tidur malam), Risperdal (ubat untuk antipsikotik, merawat skizofrenia, murung atau mudah marah bagi kanak-kanak austistik )
Afdal/af·dal/ - lebih baik; lebih utama
Astral/as·tral/ a mengenai (terdiri atas, menyerupai) bintang-bintang.
Dogma - ajaran (kepercayaan) yg tidak boleh dibantah atau dipersoalkan melainkan harus diterima saja.
Stigma - yang menjejaskan reputasi / aib
Pituitari -Kelenjar endokrin utama
Nirwana/nir·wa·na/ n 1 Hin keadaan dan ketenteraman sempurna bagi setiap wujud eksistensi karena berakhirnya kelahiran kembali ke dunia; 2 tempat kebebasan (kesempurnaan); surga
Samsara - perkataan Sanskrit yang bermaksud "mengembara" atau "dunia", dengan konotasi kitaran, perubahan memutar.
p/s: anda boleh ketahui dan pelbagai info berkaitan lagu ni di link youtube di atas yang dikongsi oleh peminat Malique dan lagu itu sendiri
sumber: qarmamusiq
AimanSuka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com
Share
1 comment
for "Lirik lagu Pejamkan Mata daripada Malique feat. Dayang Nurfaizah"
Samalah sy hari2 repeat lagu nie.. suka sgat bila Malique rap.. penggunaan tatabahasa dan istilah dia gunakan sgat tinggi..Rajin juga Aiman siap letak glosari lgi..
1 comment for "Lirik lagu Pejamkan Mata daripada Malique feat. Dayang Nurfaizah"