Ziarah Dan Bercuti Di Istanbul, Turki

Bercuti Di Istanbul Tahun 2014

Kebiasaannya, Shaklee akan menawarkan convention 5 star sama ada dalam atau luar negara atau umrah. Pada 2014 yang lepas, Shaklee telah menawarkan ziarah 6 hari ke Istanbul/Umrah.

Entry kali ni hanyalah sedikit perkongsian pengalaman selama berada di Istanbul, Turki. Perjalanan ziarah bermula daripada 21 Disember 2014 sehingga 1 Januari 2015. Ziarah/percutian kali ni saya bersama ibu dan adik bongsu.

BACA : Aku Kembali Ke Istanbul Bercuti DIY Tahun 2022

Ziarah Istanbul

Flight (Turkish Airline) berlepas jam 11 malam (Kalau tak silap) bersama dengan jemaah ahli Shaklee yang lain. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 10 jam ke Istanbul Atatürk Airport.

Bercuti Di Istanbul Tahun 2014

Setiba di Airport Istanbul, kami semua di jemput oleh tourist guide yang melayan kami selama berada di sana. Maka bermulalah perjalanan ziarah kami ke kota sejarah Istanbul yang penuh dengan sejarah dan peradaban Islam.

Penginapan kami selama di Istanbul adalah di hotel Marriot Istanbul

Bercuti Di Istanbul Tahun 2014

Pada hari pertama, kami berkesempatan melawat tempat-tempat menarik antaranya adalah Camlica Hill. Disini, merupakan tempat tertinggi di Istanbul, jadi hampir keseluruhan kawasan Istanbul dapat di lihat disini. Tetapi sedikit malang, kami datang pada musim luruh, jadi bunga-bunga kawasan ni takda dah.

Ziarah Dan Bercuti Di Istanbul Tahun 2014

Ziarah Dan Bercuti Di Istanbul Tahun 2014

Perjalanan kami diteruskan disebelah tengah hari terus ke Topkapi Palace ataupun Muzium Topkapi. Disinilah dimana tempat dimana barang bersejarah milik Nabi Muhammad dan sahabat seperti pedang, jubah, bekas tapak kaki, serpihan gigi Nabi dan banyak lagi. Anda boleh google berkaitan di tempat ini.

Ziarah Dan Bercuti Di Istanbul Tahun 2014

Ziarah Dan Bercuti Di Istanbul Tahun 2014

Sebelum pulang ke Hotel, kami berkesempatan untuk Solat di Masjid Biru or Blue Mosque. Masjid ini dipanggil Masjid Biru kerana jubin berwarna biru digunakan untuk menutupi kubah-kubah dan dinding. Masjid di Turki hampir seluruhnya mempunyai bentuk binaan yang sama baik kecil ataupun masjid besar. Masjid Biru menjadi tempat tumpuan pelancong jika berkunjung di Kota Istanbul.

Ziarah Dan Bercuti Di Istanbul Tahun 2014

Ziarah Dan Bercuti Di Istanbul Tahun 2014

Ziarah Dan Bercuti Di Istanbul Tahun 2014

Perjalanan kami berakhir disini untuk hari yang pertama dengan bergambar bersama yang lain.

Pada hari ke 2, kami meneruskan ziarah di kota sergam Istanbul di atas laut plakkkk. Kami pergi ke Selat Bosphorus untuk 'cruising'. Yang bestnya disini, anda akan berada di 2 benua dalam 1 masa. Ini kerana, Selat Bosphorus yang menghubungkan Laut Marmara memisahkan benua Asia dan Eropah. Betul! Kota Istanbul terbina di atas 2 benua iaitu Asia dan Eropah. Disini kami dihidangkan dengan pemandangan dan juga teh panas turki. pok sedaq oi. Kira aktiviti atas bot hanyalah bergambar kenangan.

Ziarah Dan Bercuti Di Istanbul Tahun 2014

Ziarah Dan Bercuti Di Istanbul Tahun 2014

Ziarah Dan Bercuti Di Istanbul Tahun 2014

Ziarah Dan Bercuti Di Istanbul Tahun 2014

Ziarah Dan Bercuti Di Istanbul Tahun 2014

Ziarah Dan Bercuti Di Istanbul Tahun 2014

Selepas dah cuci mata, kami bertolak ke Istana super mewah iaitu Dolmabahce Palace. What a place! Tapi sayang tak boleh tangkap gambar di dalam istana. Worldwide rules. Dalam palace ni, kami dibawa oleh tour guide dalam kumpulan masing-masing. Ianya berbeza dengan Topkapi tadi, kami bebas untuk bergerak dengan sendiri. Palace ini lebih kepada gaya eropah dengan bentuk seni binanya. Banyak benda unik yang berada di dalam palace ni. Nak cerita pun dah tak ingat. Lambat sangat tubuhkan blognya. hehe btw anda boleh baca sedikit pasal Dolmabahce palaca di sini.

Ziarah Dan Bercuti Di Istanbul Tahun 2014

Ziarah Dan Bercuti Di Istanbul Tahun 2014

Seterusnya pada malamnya dan lokasi terakhir, kami dibawa oleh tour guide yang melayani kami sepanjang disana untuk melawat Spice Bazar iaitu Bazar pedas. Haaa! so mesti dah tahu depa jual apakan. yes! rempah ratus ribu puluh ribu. Disini nak beli rempah ratus, kacang, bijian sangat la sesuai. Kami sekeluarga cuci mata je la. Sebab tempat Shopping sebenar bukannya disini.

Ziarah Dan Bercuti Di Istanbul Tahun 2014

Ziarah Dan Bercuti Di Istanbul Tahun 2014

Jadi pada hari ke terakhir di kota Istanbul, pada paginya kami dibawa 1 lagi tempat wajib dan penuh sejarah Islam didalamnya dan saya sangat kagum dengan disebalik peristiwa di tempat ini. Hagya Sophia / Ayasophia nama diberi. Hebatnya sejarahnya, tempat ini pernah dijadikan Masjid > Gereja > Masjid > Muzium. Dan memuncaknya berlaku apabila Gereja ditukar kembali kepada Masjid yang dilakukan oleh Panglima Islam yang disebut oleh Rasullulah sendiri iaitu Sultan Muhammad Al-fateh. Anda boleh google pasal sejarah sebelum dan selepas peperangan tersebut. Sampai depa buat movie. fuhh!! Seni bina dalamanya tidak berubah walaupun dari gereja kepada masjid. Susah betul nak cerita pasal keindahan Hagya Sophia ni. Tapi akhirnya Mustapha Kamal Antartuk lagi power, tukar terus Masjid jadi Muzium. Jadi tiadalah aktiviti Solat didalamnya.

Ziarah Dan Bercuti Di Istanbul Tahun 2014

Ziarah Dan Bercuti Di Istanbul Tahun 2014

Ziarah Dan Bercuti Di Istanbul Tahun 2014

Ziarah Dan Bercuti Di Istanbul Tahun 2014

Pada petangnya kami sempat menziarahi Masjid Al-Fateh serta makam beliau yang berada hampir di Masjidnya. Begitu hebat panglima Islam ini sehingga Nabi Muhammad telah menyebutnya dan tenteranya sebelum Al-fateh muncul di dunia ini. Sultan Al-Fateh telah membebaskan dan membuka Kota Konstantinopal (Istanbul sekarang) daripada cengkaman kerjaan Rom ketika itu. Telah ramai panglima Islam ingin menjadi panglima yang disebut oleh Rasullulah tetapi mereka semua syahid di medan pertempuran.

Ziarah Dan Bercuti Di Istanbul Tahun 2014

Ziarah Dan Bercuti Di Istanbul Tahun 2014

Jadi pada keesokan harinya kami semua terbang ke Madinah dan Mekkah untuk menunaikan Umrah selama 4 hari 3 malam. Setiap perjalanan saya dan jemaah lain, Shaklee telah menaja 100% 5 star selama berada di Istanbul dan Madinah/Mekkah. Convention sebegini akan dihadiahkan kepada SID yang layak. Perkara wajib setiap tahun adalah tawaran membuat Umrah. Inilah uniknya Shaklee. Saya berharap selepas ini, saya dapat pergi atas tiket diri sendiri.

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

11 comments for "Ziarah Dan Bercuti Di Istanbul, Turki"

Comment Author Avatar
Wah best nya...teringin gak nak pegi instanbul
Comment Author Avatar
insya allah dapat nanti
Comment Author Avatar
INDAHNYA TURKI NEGARA BERSEJARAH..SERONOKNYA DI SANA YA..
Comment Author Avatar
cantiknya pemandangan di sana.. Subhanallah
Comment Author Avatar
betul. sangat cantik. ni kalau musim lagi superb cantik.
Comment Author Avatar
Bestnyaa.. Dapat pi Istanbul..
Comment Author Avatar
alhamdulillah. best sangat
Comment Author Avatar
Cantiknya.. semoga ada peluang ke sana nanti
Comment Author Avatar
ameen.. semoaga berpeluang nanti
Comment Author Avatar
teringin nak ke Istanbul ..moga ada rezeki